teNgS mY foLLower :)

Friday, April 20, 2012

AIB


biasala kalau ada mesyuarat tetingkap atau sembang bantal busuk pasti ada perkara panas yang disembangkan. Cukup detail sekali perinciannya, warna apa, dengan siapa, taik lalat tang mana semua tau. Whooah! kalah detektif dan paparazi. Aib si polan itu dikupas sehabis baik sehingga boleh buat memoir. Dahsyat-dahsyat.
Sedarkah kita yang perbuatan itu mendedahkan aib orang lain. Cuba bayangkan andai aib kita diketahui orang? Malukan tak tau nak sorok mana muka tu. Tu sebab kalau manusia yang kantoi aibnya tutup muka. Ketahuilah sahabat, dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dan sesiapa yang menutup rahsia seorang Islam nescaya ALLAH menutup rahsianya di dunia dan di akhirat.” HR Muslim
Jadi bagaimana hendak sorok aib kita? Soalan yang bagus. Jawapannya mohon perlindungan daripada ALLAH daripada diaibkan. Di dunia boleh sorok tetapi di akhirat bolehkah sorok. Di akhirat nanti akan ada projector besar plus skrin dia macam wayang pacak. Setiap aib kita akan ditayang satu persatu di depan Allah. Malukan?
Pesan Nabi s.a.w:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk ke dalam jiwanya, janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan dan mencari-cari rahsia mereka. Ini kerana sesiapa yang berbuat demikian, ALLAH akan membuka rahsianya. Dan sesiapa yang ALLAH buka rahsianya, maka dia akan dimalukan dalam rumahnya sendiri (Sekalipun dirahsiakan)
Salah satu doa tidak diperkenankan-Nya ialah membongkar aib orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan aib. Cukuplah buat dosa kering dengan mengayam ketupat takda daun. Waspada!

Thursday, April 5, 2012

iman

iman adalah mutiara....
didalam hati..manusia..
iman xdapat..diwarisi..
iman xdapat..dijual beli...

Ya Allah..Tingkatkanlah keimananku kepada-MU
Ya Allah..Tingkatkanlah Ketaqwaanku Kepada-MU
peliharalah agamaku moga aku sentiasa berada dalam agama-MU..
terimalah aku sebagai hamba-MU..
peliharalah imanku Ya Allah..amiin

Sunday, April 1, 2012

B E B A N

Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….
 (al-Baqarah 286)