teNgS mY foLLower :)

Saturday, December 31, 2011

2012

╭━━━╮╭━━━╮┈┏┓╭━━━╮
┗━━╮┃┃╭━╮┃┏╯┃┗━━╮┃
╭━━╯┃┃┃┈┃┃┗┓┃╭━━╯┃
┃╭━━╯┃┃┈┃┃┈┃┃┃╭━━╯
┃┗━━┓┃╰━╯┃┈┃┃┃┗━━┓
┗━━━┛╰━━━╯┈┗┛┗━━━┛is on the way ^_^ ..

INDAHNYA SOLAT

assalamualaikum w.b.t..
kite sbg umat islam dtuntut untuk mngerjakan solat 5 waktu dan jatuh BERDOSA BESAR jika tidak melakukannya..tdk dnafikan sy sndri kdg2  lalai dlm mngrjakan ibadah Allah yg wajib ini mskipun ianya hanya mngmbil masa tdk lbih dr 10mnit untuk mngrjakannya..astagfirullah-al-azim..betapa berdosanya saya..moga Allah mengampuni dosa2 saya..amiin..
tahukah kite! betapa indahnya makna stiap bacaan yang terdapat dalam solat seharian kita??
 mungkin ad sglintir yang mengetahuinya n mgkin ad yang hanya thu mmbacanya tp tdak mngetahui maksud dsblik bacaan tersebut..saya juga tdk terkecuali..betapa jahilnya hamba-Mu Ya Allah...
mari kita hayati betapa indahnya solat..........

Doa Iftitah

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Al-Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
 ( 5 )اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )صِرَاطَ لَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika iktidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,  رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ
Rahmatilah daku,  وَارْحَمْنِيْ
Kayakan daku,.  وَاجْبُرْنِيْ
Angkatlah darjatku,   وَارْفَعْنِيْ  
Rezekikan daku,  وَارْزُقْنِيْ
Berilah aku hidayah,   وَاهْدِنِيْ 
Sihatkanlah daku  وَعَاِفِنيْ
dan Maafkanlah akan daku   وَاعْفُ عَنِّيْ


Bacaan ketika Tahiyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

salam
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
betapa indahnya sgala maksud bacaan dalam solat kita yang mendoakan dri kita dan mmuji kebesaran Allah s.w.t dan berselawat keatas rasul kita..Allahu akhbar..marilah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita moga ia diterima Oleh-NYA..amiin..
wallahu-alam...sekian



Friday, December 30, 2011

sekadar berkongsi..

assalamualaikum muslimin n muslimat sekalian..(formal ler plak..hehe)..

i'm  new here!! hu2..sy buat blog ni bkn pe..juz nk curah-curahkan luahan ati n kngsi n tmbah2 ilmu yg bleh dterima pkai n tdak mnyalahi undang2 islam..

marilh kite sme2 berkongsi ap yang patut ek..n aku pernah trbc tntng 
Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita berasa malu untuk berkongsi dek kerana rasa rendah diri. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.” Kita tidak mengetahui mungkin dengan sedikit itu mampu memberi manfaat dan syafaat untuk kita semua ummatul islam inshaAllah. 


n kalo ase sudi follow me dun shy2 n segan2 k..
fuh!! notim 2 say..out of idea..salam..